Rabu, 7 Disember 2011

Kata Sendi Nama

KATA SENDI NAMA
LIKE KALAU SUKA

Selasa, 6 Disember 2011

Kenapa pilih cikgu sebagai isteri...

1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu
2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)
3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya.
Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……”
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.
4. Terapi melepaskan tekanan
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)
6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!
Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri.
Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

LIKE KALAU SUKA

Rabu, 23 November 2011

Cuti-cuti...

walaupun semua orang sibuk nak holiday tetapi saya dengan perasaan sedinya memaklumkan saya duduk di rumah menyiapkan assignment dan menunggu suami pulang kerja setiap hari..Kesian suami tersayang tidak dapat bercuti kerana cuti dibekukan...
LIKE KALAU SUKA

Sabtu, 12 November 2011

Keputusan UPSR 2011



Selamat sejahtera...

Keputusan peperiksaan akan keluar pada Khamis 17.November ini. Sama-samalah kita menanti ya...Wah berdebar-debar para guru tahun 6 dan ibu bapa ya untuk mengetahui keputusan UPSR. Semoga semua berjaya yang tak berjaya pulak cuba lagi.Tak bererti jika gagal sekali gagal selama-lamanya.

kredit to blog cikgu mady...

LIKE KALAU SUKA

Rabu, 9 November 2011

Tips Mudah untuk Follow rakan...

Selamat sejahtera....

Tips pada kali ini saya nak bagi tau kepada rakan-rakan blogger cara mudah untuk kita mengikut atau follow semula rakan..Tapi ada yang perlu anda buat..Jom tengok nie...Saya buat tutorial..tips ni ( tutorial lagi rumit nak buat) semasa saya nak follow blog cikgu Kamil..Jom tengok...

Step 1
Follower lah sesiapa dahulu...sebelum klik butang FOLLOW pas tu DONE tu buat nie dulu...

Klik >>>>> more options

Klik untuk pembesaran
klik add link>>bubuh nama blog anda...selepas tu klik lah follow..
Tujuan tips ini memudahkan sesiapa pergi blog kita atau follow kita dengan cara klik pada gambar kita..Kalau malas nak tinggal link dekat kotak chat pun dah tak per...
Macam ni lah jadinya,,Bila sesiapa klik pada gambar kita..
P/s: faham ker??kalau tak faham tanya2 lah ya...

LIKE KALAU SUKA

Selasa, 8 November 2011

Tips Cepat loading blog..

Selamat sejahtera....

Setelah blog Sharing Is Caring ini siap sepenuhnya maka saya pun menjalankanlah tugas seperti tajuk blog saya ni lah..Sharing Is Caring. Maka di sini saya nak bagi tau cara-cara untuk meringgankan blog kawan-kawan semua..
SEBELUM ITU...

TENGOK LOAD TIME TU....0:41 SECOND KAN..
SELEPAS ITU
LOAD TIME BERTUKAR MENJADI 0:21 SECOND JER..

Berminat ker?? Kalau berminat pergi timbang blog kawan-kawan kat sini dulu ya..
Dah tengok?? Berat ker??kalau nak ringan copy dan paste ni kat blog kawan-kawan ya...Blog cik Nurfarah
KREDIT : Cik Nurfarah ya..

LIKE KALAU SUKA

Cara membina ayat

Penulisan Tahap2.membuat ulasan
LIKE KALAU SUKA

Isnin, 7 November 2011

Penulisan - Membuat Ulasan

Selamat sejahtera...

Pada kali ini saya ingin menerangkan cara untuk membuat ulasan. Soalan membuat ulasan ini terdapat di dalam soalan penulisan tahap 2.

Penulisan tahap 2 ini terbahagi kepada 3 bahagian.
1.Bahagian A- Membina ayat
2.Bahagian B - Menulis karangan
3.Bahagian C - Membuat ulasan/ Nilai murni.

Bagi murid-murid di sekolah jenis kebangsaan Cina murid dikehendaki membuat 4 ulasan. Dalam
membuat ulasan murid mesti menulis Nilai Murni + Contoh Ayat + Alasan/Huraian.


Format Menulis:

            Pengajaran/nilai murni yang terdapat di dalam petikan ini ialah (Nilai Murni + Contoh Ayat + Alasan/Huraian). Seterusnya,kita mestilah (Nilai Murni + Contoh Ayat + Alasan/Huraian). Di samping itu, kita haruslah  (Nilai Murni + Contoh Ayat + Alasan/Huraian). Akhir sekali , kita patutlah  (Nilai Murni + Contoh Ayat + Alasan/Huraian).


*Ditulis dalam bentuk perenggan.
LIKE KALAU SUKA

Ahad, 6 November 2011

Tips hendak ramai follower..

Selamat Sejahtera....

Nampaknya bersungguh-sungguh cikgu2 yang menyiapkan tugasan blog kita ni ya..Wah, tak sangka saya ramai cikgu yang terror-terror membina blog walaupun masing-masing kali pertama membina blog nie.. Saya dah banyak blog yang dibuat..Lepas tu tak update dan bersawang jadi delete lah semula..Kali ni saya memang teruskan berblogging memandangkan ramai yang macam berminat dengan blogger walaupun tak segah blog Abang Ben Ashaari.

Seterusnya saya nak bagi sikitlah tips ingin blog kita menjadi kegemaran ramai.

1.Reka bentuk blog - menarik,simple tak penuh dengan bling2...

2. Letak lagu boleh tapi mestilah kat tempat yg senang dicari untuk off..Bukan semua blogging suka dengar lagu. Jangan guna lagu yang tak boleh di stop.

3. Jam tak payah letak..Rasionalnya kat laptop masing2 kan dah ada..buat berat nak loading jer..

4.Button follower dan shoutbox dekat tempat yang mudah dilihat..senang nak klik..

5. Penggunaan bahasa yang mudah difahami dan tulisan yang senang untuk dibaca..

6.Buang word verification kat bahagian komen tukar kepada pop up window..

7. Hargai follower dengan selalu lah blogwalking ke blog mereka pula..

kredit to Encik faiz Tapit.. pinjam gambar ya

LIKE KALAU SUKA

Sabtu, 5 November 2011

Jangan copy n paste


LIKE KALAU SUKA

Sekolahku Banjir

Selamat Sejahtera..

Hujung-hujung tahun ni hujan turun mencurah-mencurah lah pulak kan...Setiap hari mesti hujan. Saya rasa kat kampung saya di Pahang sana pun dah tentu lah air sungai telah meningkat naik. Rindunyer nak balik..Orang kampung saya tentu bila hujan nie pergi memancing( megom Bahasa Orang Asli Jakun). Seronok sangat.Antara ikan yang selalu dapat ni ialah ikan keli..Maklumlah bila hujan warna air berubah time ni lah ikan keluar dari lubang..ISk..isk..tak boleh cerita lah...betapa rindunya saya kat kampung..

Balik ke cerita asal tadi ya..sekolah saya telah dilanda banjir. Hujan turun dengan lebatnya sekitar jam 7.30 pagi. Pukul Lapan 8 sahaja air telah melimpah ke seluruh tempat..paras air telah naik sehingga ke paras buku lali jer..Cikgu2 yang masuk kelas terpaksa cepat-cepat masuk ke kelas dengan menjinjit kasut masing-masing untuk mententeramkan murid-murid yang mula panik kerana air naik mendadak..Habis harta benda telah hanyut antaranya tong sampah, haiwan ternakan pun banyak yang lemas seperti lipas,anak2 lipan, anak cacing dan pelbagai lagi..

Kawasan sekolah saya ni memang macam tu..Air akan bertakung selama beberapa hari apabila hujan. Sebab tu sekolah saya ni telah berjaya melahirkan jaguh renang peringkat Bagan Sungai Besar.. Mari kita lihat gambar yang saya telah saya ambil.
Murid mula excited bermain air..alasan nak ke tandas.
berduyun2 ke tandas

Longkang yang berbahaya.
Gelanggang bola keranjang yang dipenuhi air
Nampak tak cikgu tu yang berkira2 nak ke kelas
harta benda yang hanyut.

LIKE KALAU SUKA

Ahad, 16 Oktober 2011

KPD 3026 GROUP EL-B56


Pengumuman tentang Mikroreaching.
Ambil perhatian:
1. RPH yang lengkap tidak diperlukan. Anda hanya perlu buat RPH untuk bahagian pengajaran atau aktiviti untuk 5 - 10 minit itu sahaja sahaja.
2. Hantar tugasan (termasuk rakaman) secara upload dalam my guru. Pastikan anda hantar dalam bentuk CD semua tugasan anda kepada saya sebagai backup kealamat berikut:
Dr Mohd Uzi Dollah
Pusat Program Luar,
Tadahan Utara,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak. 


LIKE KALAU SUKA

KRT 3013- Tugasan 1C

Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) 
                         (link blog diletakkan di MyGuru)                       
Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)


Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog:


LIKE KALAU SUKA

KRT 3013- Tugasan 1A



Tugasan 1A: Perbincangan Forum (10%) - Forum MyGuru  
Tarikh akhir: 03 Oktober 2011 (Isnin)

Secara individu, pelajar dikehendaki terlibat dalam perbincangan forum yang diaktifkan oleh pensyarah e-learning masing-masing. Markah berjumlah 10% akan diberikan berdasarkan kekerapan dan kupasan positif pelajar terhadap perbincangan yang diberikan. 




LIKE KALAU SUKA

KRT 3013- Tugasan 1B

Tugasan 1B: Esei (20%) – Penghantaran melalui GMail
Tarikh akhir: 07 November 2011 (Isnin)


Secara individu, pelajar dikehendaki menulis esei berdasarkan persoalan berikut. Esei yang telah sempurna hendaklah diemelkan kepada pensyarah masing-masing menggunakan alamat emel yang diberikan berdasarkan kumpulan anda. Esei perlu ditulis antara 4 hingga 5 muka surat sahaja dalam format *.pdf, *.doc atau mana-mana format yang bersesuaian. Sila gunakan gaya penulisan APA (http://www.apastyle.org/index.aspx). Pemarkahan bagi tugasan ini adalah berdasarkan kandungan serta kupasan esei yang ditulis.
Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang guru di sekolah rendah, jelaskan isu berikut:1.      Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah.2.      Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah dalam (1). PanduanAnda boleh menggunakan Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Threats, Opportunities) untuk membantu jawapan anda..

LIKE KALAU SUKA

Masa Billi

Selamat sejahtera

Pada kali ini saya ingin memberikan cikgu-cikgu semua sebuah lagu.Dalam aktiviti pengakap kalau tak ada lagu memang tak sah. Bagi yang berminat tu bolehlah download ya lagu ini. masa bili

Senikata :
Massa billi billi billi
Massa billi oh champa
Massa billi billi billi
Massa billi oh champa

om champa sarena ponni
om champa sarena pom
e ka dina dina dina
e ka dina om champa
e ka dina dina dina
e ka dina om champa
om champa sarena ponni
om champa sarena pom

LIKE KALAU SUKA

Jumaat, 14 Oktober 2011

Ladam kuda

istiadat menaikan bendera

ladam kuda

menyanyikan lagu Negaraku

lencana berbasikal

LIKE KALAU SUKA

Nilai murni- Adil

Mempertimbangkan sesuatu secara objektif,menyeluruh,tepat dan wajar

Situasi: ketua kumpulan membahagikan tugas kepada ahli-ahli kumpulan mengikut keupayaan masing-masing

LIKE KALAU SUKA

Rabu, 12 Oktober 2011

Sabtu, 8 Oktober 2011

PSV sekolah rendah

Kurikulum Pendidikan Seni KBSR .

1)menggambar
2) Membuat rekaan dan corak

3) Membentuk dan membuat binaan

4) Mengenal kraf tradisional

1) Menggambar
# Menegaskan perkembangan persepsi, kemahiran dan kemampuan murid dalam kegiatan membuat gambar dalam pelbagai media dan teknik.

# Jenis aktiviti menggambar
catan, kolaj, montaj, lukisan, gosokan, gurisan, capan, stensilan, percikan, poster, resis, cetakan dan mozek.

LIKE KALAU SUKA

Sabtu, 1 Oktober 2011

sotong yang comel


Inilah bahan-bahannya..
gam,gunting,benang kait ,bola pingpong dan mata..
benang kait tadi disusun di macam nie..

potong benang tadi..kemudian ikat bahagian atas
lalu dimasukkan bola ping pong dan ikat kembali bahagian bawah

last tocangkan benang supaya menjadi kaki sotong..
gam juga mata sotong tu

LIKE KALAU SUKA

Ahad, 25 September 2011

Apa itu disleksia??


Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.
Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia, antaranya ialah:
* Dyscalculia (Diskalkulia) – bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik;
* Dysgraphia (Disgrafia) – bermasalah dalam bahasa; dan
* Dyspraxia (Dispraksia) – bermasalah dalam koordinasi motor-mata-tangan


LIKE KALAU SUKA

Sabtu, 24 September 2011

KRT 3013

Tugasan KRT 3013


LIKE KALAU SUKA

Bermain Plastesin

Selamat sejahtera...

Antara aktiviti pendidikan Seni yang mudah juga untuk dilakukan dan yang lebih penting murid2 seronok ialah aktiviti ini..Cikgu2 suruh lah murid2 tu uli plastesin ni dan bentukkan menjadi pokok atau tema apa2 yang cikgu berikan..Saya lebih suka memberi tema bebas.Seperti murid membuat pemandangan tepi pantai. hidupan laut,











LIKE KALAU SUKA

Ikan oh Ikan.

selamat Sejahtera..

Antara aktiviti pendidikan seni yang boleh cikgu2 lakukan seperti ini..
jadilah ikan macam ni

murid yang kreatif.tak suruh buat gigi dia tambahkan gigi ikan

guna pelbagai kertas warna

Bahan-bahan yang perlu dibawa oleh murid.
1.Gunting
2.Gam
3.Kertas Warna
4.Pinggan kertas

Cara-caranya.
Suruh murid2 gunting pinggan kertas sedikit di satu bahagian supaya menjadi mulut ikan..
Bahagian yang dipotong di bagaian belakang tempat dipotong seperti ekor ikan.
Suruh murid gunting kertas warna/koyakan kan kertas warna pun boleh..boleh lah jadikan teknik kolaj..


LIKE KALAU SUKA

Rabu, 21 September 2011

Biodata saya


Diri Saya.
Nama saya Mastora Majid. Saya berketurunan Orang Asli 100% Malaysian Aboriginal Citizen. Sakura Putih dan Cikgu Mas adalah nama komersil saya dalam dunia blogging. Saya berasal dari Pahang, Kg Orang Asli Tenggalong, Muadzam. Saya anak ke 3 daripada 7 orang adik beradik. Dalam keluarga saya  seorang sahaja yang kerja makan gaji nie..adik2 yg lain bekerja di kampung dengan syarikat bapa saya yang menguruskan hal-hal perladangan.

Perkahwinan..
Saya mendirikan rumah tangga pada 29.11.2003 selepas tamat pengajian di Institut Bahasa Melayu Malaysia. Suami saya bernama Rizan A/k  A.Daud. Suami saya seoarang anggota Polis yang bertugas di IPPD Sabak Bernam. Kami dikurnia seorang cahaya mata lelaki yang bernama Airiel Ezriey yang kini berumur 7 tahun.

Blog ini dibangunkan  baru sahaja kerana memenuhi assignment yang di arahkan oleh pensyarah. Saya sudah lama aktif  dalam dunia blogging ni rasanya sejak tahun 2008 kemudian saya melupakan seketika dan kembali aktif. Itupun lepas tertarik dengan blog rakan blogger.

Mula-mula tu agak susah jugalah nak belajar pasal blog ni (BLOGSPOT). Maklumlah kena belajar sikit-sikit pasal coding Java Script & HTML. Tapi  sekarang dah okaylah kalau nak redesign template ikut citarasa sendiri.

Saya adalah seorang guru keluaran Institut Bahasa Melayu Malaysia pada 2001 hingga 2003. Dan kini mengikuti Pjj PPG di UPSI untuk mendapatkan segulung ijazah.
LIKE KALAU SUKA

Selasa, 20 September 2011

Selamat Membina Blog

Selamat Sejahtera Cikgu-cikgu Semua...

Setelah mendapat tugasan  mesti cikgu-cikgu semua telah berusaha keras untuk membina sebuah blog. Bagi saya untuk menghasilkan sebuah blog memang mudah tetapi untuk mengemaskini catatan dan bahan-bahan di dalam blog itu yang menjadi sedikit rumit kerana cikgu-cikgu hendaklah selalu mengemaskini cerita-cerita atau bahan-bahan yang baru..

Oleh itu selamat memasuki dunia blogging cikgu-cikgu.


LIKE KALAU SUKA

Fikir-fikirkan





Menyimpang seinci, rugi seribu batu

LIKE KALAU SUKA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
I LOVE BLOG CIKGU MAS